Pages

Wednesday 11 March 2015

ADAB BERFACEBOOK

Entry ke 23

Teks : RAHMAH YAAKOB

Salam semua.

Kadang-kadang dalam kita melayari fesbuk, terjumpa status yang buat hati kita tidak seronok. Berkata-kata dalam hati 'mengapalah dia ni luahkan benda ni kat fesbuk'.
Antara perkara yang patut dielakkan di post dalam Facebook adalah :-

1. Perbalahan suami isteri. 
   
Simpan sahaja dalam rumah kita. Kadang-kadang  merajuk sebab suami lupa ucap selamat hari jadi     pun         boleh jadi cerita. Sepatutnya suami isteri saling menyembunyikan aib pasangan masing-masing.

2. Perasaan marah atau benci pada seseorang. 

Adalah lebih elok sekiranya kita berterus terang atau berhadapan dengan orang tersebut. Bukannya disebarkan keseluruh alam maya. Itu juga takut masuk kedalam kriteria mengumpat yang mana               berdosa buat kita.

3. Cerita politik 

Elakkan bercerita atau kongsi certa politik melainkan anda memang orang politik atau penganalisa politik.

4. Cerita agama.

Berkongsi ilmu agama yang baik memang digalakkan. Tetapi berhati-hatilah dalam mengupas sesuatu perkara dengan pengetahuan yang sebetulnya.

5. Tidak mengaibkan sesiapa.

Jika kita tidak bersetuju dengan apa yang rakan fb kita tulis, kita diamkan sahaja. Atau pun kita mesej terus kepada dia. Elakkan kita komen di post atau ruang komen dia.

Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku pertelingkahan di alam maya bila masing-masing berkeras menegakkan pendirian dalam bab 3 dan 4 di atas. Masing-masing bertegang urat mempertahankan pendapat masing-masing. Tiada faedah kepada ummah bahkan menyebabkan renggangnya hubungan.

Jom kita berbalik kepada niat kita atas apa jua yang jari kita taip. 
Tiap kali nak post fikir dulu apa faedah yang pembaca akan dapat.


Itu lah sedikit sebanyak untuk pedoman saya dan kita semua.

No comments:

Post a Comment