Pages

Saturday 14 March 2015

SEMPORNA -

Entry ke 27

Teks : RAHMAH YAAKOB

14 Mac 2015


Baru kira-kira 3 minggu lepas, saya datang ke Semporna. Hari ini kami datang lagi dengan misi yang lain pula. Jika dulu datang bercuti setelah menjemput anak yang tamat kusus PLKN di Tawau, hari ini pula menghantar kakaknya yang akan mula bertugas di Klinik Kesihatan Semporna pada Isnn ini.

Terasa macam rombongan Kak Kiah menghantar dia masuk ke asrama pula. Kami pergi dengan dua kereta. Semua ahli keluarga kecil saya pergi bersama-sama kecuali anak yang kedua. Dia baru masuk ke UITM Merbok, Kedah melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah. Dia baru memiliki Diploam dari UITM juga.

Kami bertolak jam 10 pagi. Alhamdulillah cuaca redup. Perjalanan kami sejauh 334 km lebh dari Sandakan ke Semporna. Antara nama tempat yang kami lalu ialah Check Point. Disini adalah persimpangan untuk ke Tawau atau ke Kota Kinabalu. Selepas itu kami lalu Kinabatangan. Terdapat sungai Kinabatangan yang terkenal dengan 'river cruise' nya . Kami sampai di Lahad Datu.  Kira-kira separuh dari perjalanan kami sudah tempuhi . Kami berhenti untuk solat jamak dan qasar di Masjid Di Lahad Datu.

Masjidnya bersih dan bilik air dan tempat wuduknya sangat luas dan bersih. Usai solat kami ke kantin diperkarangan masjid untuk maka tengahari. Kami cuma buat pesanan air minuman dan minta izin makan bekalan kami disitu. Saya sempat masak rendang ayam dan nasi himpit sebagai bekalan.



Kami menerusan perjalanan dari Lahad Datu menuju ke Semporna. Kami melalui pekan Kunak. Dari Kunak perjalanan agak lancar kerana jalannya agak bagus dan kereta tidak banyak menggunakan jalan 'short-cut' ini. Kami tiba d pekan Semporna jam 6 petang. Hampir masuk waktu Maghrib. Angin laut yang nyaman menyambut kedatangan kami di hotel Seafest. Memandangkan hari ini hujung minggu memang semua bilik penuh ditempah.  Mujur tadi saya sudah buat panggilan telefon menempah dua bilik untuk kami. Selepas masuk bilik dan menyegarkan badan, kami keluar semula mencari tempat makan. Sayang restoran tepi laut yang saya kunjungi masa lawatan lepas ditutup pula. Kami jumpa satu kawasan gerai makanan. Setelah berjalan dari hujung ke hujung gerai untuk melihat menu yang dijual, kami pilih satu gerai yang agak selesa. Terang dan bersih.

Esok banyak lagi yang akan kami terokai di Semporna ini.

No comments:

Post a Comment