Pages

Wednesday 18 March 2015

SAAT GEMBIRA WAKIL TAKAFUL

Entry ke 25

Teks : RAHMAH YAAKOB


Seronok ke jadi wakil takaful ni ?

Ya, seronok bila kita dapat membantu pelanggan mendapatkan tuntutan yang  dibuat.  Semenjak saya menceburi bidang takaful selama lebih kurang dua belas tahun ini, alhamdulillah banyak tuntutan yang saya dapat bantu selesaikan. Antaranya tuntutan elaun kemasukan hospital, tuntutan akibat kemalangan, tuntutan penyakit kritikal dan juga tuntutan khairat kematian.

Saya sendiri pernah terpaksa masuk hospital akibat jangkitan kuman semasa mengerjakan umrah  pada April 2014. Baru saya sendiri rasa manafaat mempunyai kad perubatan. Urusan mudah dan perbelanjaan sebanyak RM9,000.00 ditanggung sepenuhnya olih pihak Etiqa Takaful.


Berikut salah satu testimoni dari rakan wakil saya Pn Norhayati (Agency Director) yang bersyukur dapat membantu pelanggan nya.

" Alhamdulillah! Pelanggan saya bertanyakan tentang tuntutan elaun hospital dia bila boleh terima. Saya minta maaf kerana minggu ini saya terlalu sibuk dan akan menyemaknya minggu hadapan. Sebentar tadi dia maklumkan pada saya duit dah terima sejumlah rm1300.Banyak tu,syukur. Beliau mengambil perlindungan Takaful dengan Etiqa Takaful pada tahun 2007. Pada 2010 beliau disahkan menghidap barah tahap 1.
Etiqa membayar pampasan manafaat penyakit kritikal serta melunaskan sumbangan tiap-tiap bulan yang beliau sumbang (free of charge). Walaupun beliau tidak menyumbang lagi manafaat lain masih diterima. Setiap tahun beliau boleh keluarkan duit. Baru ini beliau dimasukkan ke hospital hampir sebln atas penyakit lain dan Etiqa Takaful membayar manafaat elaun hospital sebentar tadi.
Hebat sungguh,saya sendiri dapat merasakannya apabila pelanggan saya dapat manafaat tersebut. Ternyata Etiqa Takaful menepati janji.Sesiapa yang ingin mendapat manafaat yang sama malah lebih baik lagi saya sudi berkongsi dengan anda.Kalau ingin bukti sebenar pelanggan saya sebagai testimonial.Berita gembira buat saya lagi,pelanggan saya ini telah bebas dari barah.Syukur Ya Allah Alhamdulillah.
— feeling thankful.

Maka tanggapan sesetengah orang bahawa susah untuk membuat tuntutan takaful ini adalah tidak benar. Kami wakil akan berusaha sepenuhnya untuk mempastikan tuntutan pelanggan kami diluluskan kerana inilah saat paling gembira bagi kami sebagai wakil.

No comments:

Post a Comment