Pages

Thursday 19 March 2015

SAYANG ANAK EMAK

Entry ke 29

Teks : RAHMAH YAAKOB


Apakah kita benar-benar sayangkan anak kita ? Adakah dengan kata-kata kita sayang dia, beri makan dan pakaian itu cukup melambangkan kasih sayang kita kepada mereka.

Itu semua memang tanggungjawab kita sebagai ibubapa. Tetapi ada lagi tanggung-jawab yang lebih besar untuk kita pastikan kasih sayang kita membawa mereka ke dalam syurga, insyaAllah.

Kata-kata sayang memang perlu diluahkan sekali sekala. Bila dizahirkan melalui kata-kata ianya akan menambah erat di hati. Ia juga sebagai sedekah kita kepada anak-anak. Tetapi kata-kata sayang yang lebih bermakna adalah dalam beberapa bentuk iaitu :-
  • Kata-kata tegur
  • Kata-kata pesan
  • kata-kata tegah
  • kata-kata nasihat
  • kata-kata Doa
Contoh kata-kata TEGUR :-

Menegur anak-anak bila berpakaian tidak menutup aurat. 
Hidayah : Tahu tak setiap helai rambut yang di dedahkan, ayah yang menanggung dosanya.  Kan manis kalau Hidayah pakai tudung betul-betul dan dapat pahala pula.

Ada terdapat ibubapa yang takut untuk menegur anak-anak mereka. Dimana kah kata-kata kita sayang kepada anak. Tidak sayang kah kalau nanti anak di seksa di akhirat.

Contoh kata-kata PESAN pula : 

Bila anak nak keluar rumah kita pesan kepada mereka. 

Hidayah, nanti balik segera bila urusan sudah diselesaikan ya. Beritahu mak kalau balik lambat, 
Ana, jaga diri baik-baik tau. Nanti masuk waktu solat jangan lupa solat.
Rasyid, kita berniaga kena utamakan pelanggan. Bagi perkhidmatan terbaik kepada mereka insyaAllah mereka akan jadi pelanggan tetap kita.

Contoh kata-kata TEGAH.

Hidayah, elakkan post gambar atau benda-benda yang negatif di fesbuk. 
Shafiq, elok kita tidak bersangka-sangka kepada orang lain kerana kita tidak tahu kebenarannya. Nanti tak pasal-pasal kena cari orang berkenaan untuk minta maaf.

Kata-kata NASIHAT

Hidayah, elok kalau kita solat tepat pada waktunya.
Shafiq, elok kalau kita baca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu muka surat.
Nadiah, bertugaslah dengan ikhlas kerana Allah. Sabarlah dia atas dugaan Allah.

Dan akhir sekali kata-kata DOA dari kita.

Rugilah kita sebagai ibu bapa jika tidak mendoakan untuk anak-anak kita. Doa ibu bapa adalah antara doa yang tidak ditolak oleh Allah selain doa orang yang bermusafir dan doa orang yang teraniaya. Jadi marilah kita ibubapa sering mendoakan untuk anak-anak kita. Antara doa yang terbaik adalah doa Nabi Ibrahim. Ya Allah, kurniakan lah zuriat yang solih (solihah). Atau Ya Allah, kasihanilah dia kerana aku sayang kepadanya. Jadikan lah mereka anak-anak yang solih dan solihah.

Banyakkan beri salam.Ini juga merupakan ayat-ayat sayang.

Diriwayatkan Abu Hurairah akan mencari ibunya sebelum keluar rumah. Dia ingin beri salam kepada ibunya supaya ibunya juga akan menjawab salam kepadanya. Itu merupakan doa dari ibunya untuk keselamatan dan kesejahteraannya.

Bagi anak-anak yang masih duduk bersama ibubapa, ambillah manafaat dari ibu bapa dengan memberi salam selalu.

Semoga dengan perkongsian di atas, kita akan lebih kerap menuturkan kata-kata sayang yang sebenarnya kepada anak-anak kita bagi mewujudkan rumahtangga berasaskan ketaqwaan.




Sumber : Dr. Sharifah Hayati






No comments:

Post a Comment