Pages

Saturday 28 March 2015

RAHSIA NEK UDA

Entry ke 44

Teks : RAHMAH YAAKOB


Assalamualaikum rakan semua,

Entry kali ini adalah sesuatu yang sangat memberi kesan kepada hati ini.

Semalam kami telah menghadiri majlis menyambut menantu abang ipar saya di Taman Sri Lambak, Kluang Johor. Dalam majlis-majlis begini baru kami dapat bertemu dan beramah mesra dengan sanak saudara.  Maklumlah kami tinggal berjauhan.

Bila ke Kluang tidak sah kalau kami tidak pergi melawat Nek Uda yang tinggal di Kg. Bentong. Nek Uda adalah kakak tertua arwah mak mertua saya. Berumur menghampiri 90 tahun.

Apa keistimewaan Nek Uda ini ? Saya kagum dengan daya ingatannya yang sungguh kuat. Pelbagai kisah yang diceritakannya semua tepat dan terperinci. Semalam waktu kami bergambar sempat dia berkata, Nek suka bergambar ni. Dulu masa kau orang kahwin Nek ada ambil gambar bersama. Masa tu kamu memakai baju istiadat Tentera Udara (katanya pada suami saya). Itu cerita 31 tahun dahulu masih terbayang di ingatannya. Kisah-kisah semasa adik beradik nya mash kecil dan dia yang mengasuh mereka semua diceritakan satu persatu.

Walaupun dia sudah uzur tetapi Nek Uda kuat semangat. Tidak mengeluh dan tidak suka menyusahkan anak-anaknya. Segala keperluannya ada siap diletakkan berhampiran tilam tempat dia banyak menghabiskan hari-harinya. Bila dia lapar dan terasa angin, dia akan capai tupperware berisi biskut dan makan sekeping dua. Bila badannya terasa sengal atau mencucuk-cucuk bisa dia akan mengambil ubat Neufera, Minyak Kelapa Dara dan menyapu tempat yang sakit. Alhamdulillah katanya minyak itu serasi dengan dia.

Dia juga  tidak pernah tinggalkan membaca Al-Quran. Sehari dalam dua helai dia membaca. Begitu juga solat walaupun secara duduk atau berbaring.

Mungkin semua keistimewaan ini adalah ganjaran Allah atas apa yang telah beliau lakuakan sebelum beliau uzur ini. Dulu Nek Uda mengajar mengaji anak-anak di Kg. Bentung ini. Memang mulia orang yang mengajar ilmu membaca kalam Allah ini. Moga ini akan menjadi ikhtibar kepada saya dan kita semua.






No comments:

Post a Comment