Pages

Thursday 26 March 2015

EH ! KENAPA ORANG TIDAK LIKE POST KITA.

Entry ke 38

Teks : RAHMAH YAAKOB


Hidup didunia ini manusia hauskan penghargaan. Begitu juga di alam maya (dunia cyber). Contohnya di fesbuk. Setiap yang menghantar posting akan suka jika ada orang yang LIKE dan komen post mereka. Baru terasa ada kawan yang ingat dan menghargai dirinya. Kadang-kadang kawan tu tidak pernah pun kenal secara bersemuka.

Baru-baru ini saya menghadiri kelas Online Positioning (OP). Saya teruja dengan cara posting kawan-kawan yang sudah hadir ke kelas ini. Santai dan menyenangkan sesiapa  yang membacanya. Walau pun ada unsur menjual, tetapi bila diolah sebegitu rupa pembaca tidak terasa terpaksa membelinya pun. Jumlah like pun puluhan angkanya.

Sewaktu rihat, saya bersembang dengan cikgu pengajar.

Cikgu : Selalu akak post , berapa  Like yag akak dapat ?

Saya : Adalah dalam 10 ke 15 like sahaja.

Cikgu : Berapa ramai friendlist akak ?

Saya : dalam 250 orang.

Cikgu cuma tersenyum mendengar jawapa saya. Hu...250. Nak dapat Like puluhan memang susah lah. Fesbuk beri peluang kita ada kawan seramai 5000 orang. Selepas melepasi angka tersebut yang add friend akan otomatik menjadi follower pula.

Soalan berikutnya. Apa tujuan akak berfesbuk ?

Saya : Memandangkan saya sekarang lebih banyak masa beronline, maka saya teringin untuk buat sesuatu  yang bermakna dalam hidup ini. Salah satunya saya sudah mula membuat blog dimana saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman hidup yang saya ada.  Saya ingin berkongsi dengan seramai yang mungkin dan moga ini akan jadi amal jariah saya bila tiada lagi didunia ini. Saya teringin juga menulis samada E-book atau apa-apa yang boleh dikongsikan.

Cikgu : Alhamdulillah. Jika niat kita baik, insyaAllah Allah permudahkan.

Jadi balik dari kursus saya mula menambah kawan fesbuk saya sehingga kini sudah menjadi 600 orang lebih. Saya juga mula rajin menyedekahkan Like dan komen pada posting kawan-kawan. "What you give, you get back'.  Maka dari hari kehari makin banyak Like yang saya dapat dan makin ramai yang dapat saya kongsikan apa yang saya post.

Sebenarnya fungsi Like didalam facebook adalah antaranya seperti berikut :-
  • Menyatakan kita sudah terima dan sudah baca post berkenaan.
  • Menyatakan persetujuan atas apa yang kawan kita post.
  • Menyokong apa yang dipost.
  • Dapat menyebarkan pada rakan yang lain juga.
  • Kita suka kawan kita itu :)
Bagaimana pula dengan rakan yang senyap dan tidak pernah nampak dia Like atau komen post kita. Atau rakan yang cuma seronok mengiklankan produk yang dijual sahaja setiap hari ? 

Selalunya saya bersangka baik. Mungkin post kita tidak masuk ke newsfeednya. Fesbuk in kadang-kadang pelik. Post kita cuma masuk ke newsfeed kawan yang selalu like dan komen kita sahaja. Jadi kalau kita direzekikan terjumpa kawan yang selalu post benda yang bermanafaat maka eloklah like dan komen selalu dipost mereka.  Agar kita tidak terlepas dari post mereka yang bermanafaat.

Maka rakan-rakan semua. Mari kita  ringan-ringankan jari untuk tekan butang Like sebagai sedekah kepada kawan kita. Mungkin like kita itu boleh menceriakan seseorang yang sedang murung atau memberi semangat kepada kawan yang jualannya sedang merosot.

THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET :)










No comments:

Post a Comment