Pages

Sunday 8 March 2015

PERSARAAN - INGATLAH HARI TUA SEMASA MUDA

Entry ke 20

Teks : RAHMAH YAAKOB

Assalamualaikum,

Pak Mat sudah berusia 65 tahun. Dia sudah bersara dari kerja sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan 10 tahun lepas. Gaji terakhirnya adalah RM2000. Bila bersara, beliau mendapat pencen bulanan sebanyak RM1000 iaitu separuh dari gaji terakhirnya. Mungkin 10 tahun dahulu duit RM1000 agak cukup untuk menampung kehidupannya. Tapi kini duit RM1000 adalah sangat kecil nilainya. Dulu nasi lemak dapat dibeli sebungkus 50sen. Kini sebungkus boleh mencecah RM4.00. Jadi tiada pilihan lain, Pak Mat terpaksa mencari kerja semula untuk menambah pendapatannya.

Soalan : Dimana duit simpanan Pak Mat sewaktu bekerja dulu ?

Pak Ali pula pesara syarikat swasta. Sewaktu usia Pak Ali 55 tahun, beliau telah mengeluarkan duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerjanya. Sebagai seorang juruteknik, jumlah KWSP yang diperolehinya adalah dalam lingkungan RM100,000.  Bila mendapat duit tersebut Pak Ali mula memikirkan pelbagai perkara. Beliau pergi menunaikan haji bersama isteri. Ubahsuai rumah. Perbelanjaan perkahwinan anaknya. Dalam sedar tak sedar dalam tempuh tiga tahun sahaja duit kwsp Pak Ali hampir habis kesemuanya.

Nota : Kajian mendapati wang kwsp selalunya bertahan selama tiga tahun sahaja jika tidak diurus dengan baik.


Mengikut statistik jangka hayat bagi lelaki di negara ini adalah lebihkurang 75 tahun dan wanita 81 tahun. Maka ada lebihkurang 20 ke 25 tahun lagi hidup dengan pencen atau tanpa ada pendapatan lagi.

Adakah kita mahu mengharapkan anak-anak menanggung kita sewaktu tua. Sedangkan mereka juga bergelut untuk mencukupkan perbelanjaan keluarga masing-masing. Atau adakah kita mahu meminta simpati dari badan-badan kebajikan. Naauzubillah. Kalau boleh biarlah kita tangan yang memberi bukan tangan yang menadah meminta-minta.

Dari dua senario di atas, dapatlah disimpulkan bahawa adalah amat penting bagi kita menyimpan wang sedari muda untuk kegunaan di hari tua. Biarlah menyimpan dalam kadar sedikit tetapi berterusan.

Disamping menabung kita juga boleh membuat pelaburan tambahan yang lain. Antara pelaburan yang baik adalah saham amanah, rumah kediaman sendiri, bisnes sendiri ataupun perniagaan yang kita ada pengaruh dan kawalan.

Satu lagi pelaburan ialah peningkatan ilmu dan kemahiran diri. Ini boleh membantu kita meningkatkan pendapatan.

Jadi buatlah persediaan awal untuk persaraan. Agar hidup kita tenang menempuh saat-saat akhir kita dan tidak mengganggu impian kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah sebeum kita dipanggil kembali.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”

    ReplyDelete