Pages

Friday 27 March 2015

APA YANG KU CARI

Entry ke 43

Teks : RAHMAH YAAKOB



Satu hari anak sulung saya bertanya yang membuatkan saya tersentak.

Mak, apa lagi yang mak cari dalam hidup ini ? 

Pertanyaan ini diajukan kepada saya bila dia lihat saya masih suka pergi menyertai seminar bila ada peluang balik ke Kuala Lumpur. 

Saya jawab : Salah ke mak nak tambah ilmu. Ilmu yang boleh mak upgrade diri mengikut keperluan semasa. Mak sekarang banyak online. Jadi mak kena ada ilmu berkaitan. Bila kita buat sesuatu biarlah denga berilmu. Bukan setakat ikut-ikutan sahaja. Itu prinsip mak dari dahulu lagi.

Anak : Ok. Lepas itu apa pula ? Mak tak mahu ke MENGAJAR mengaji Al-Quran ? Mak dah berumur sekarang. Rasa lagi bermakna jika mak buat perkara macam tu untuk bekalan akhirat.

Emak : InsyaAllah. Memang ada hajat dihati. Nanti mak akan jadikan Umar Farouq (cucu den lah tu) anak murid mak yang pertama. Tapi mak sendiri kena tajamkan ilmu berkaitan terlebih dahulu. InsyaAllah dari segi tajwid agak baik kerana berguru dengan arwah datuk mak, Imam Che Mek masa kecil dahulu.  Moga Allah mengurniakan ganjaran yang baik untuk arwah datuk. Tapi cara pengajaran dahulu dengan sekarang agak berbeza. Dahulu kita diajar mengenal hukum terus praktikkan. 

Anak : Baguslah macam tu :)

Emak : Tapi disamping itu mak nak tinggalkan juga sesuatu yang boleh dibaca oleh anak cucu masa mak tiada lagi nanti. Ini lah tujuan mak mulakan dengan blog untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu dan pengalaman yang telah dilalui untuk jadi panduan dan ikhtibar. Moga Allah permudahkan mak untuk menyempurnakan niat mak itu.

Dan disamping itu tidak salah rasanya mak buat apa-apa perniagaan yang mak minati. It will make my day interesting. Dan ini juga untuk bagi semangat kepada anak-anak agar minat dan berusaha berniaga ikut minat masing-masing. Biar semangat mak akan menjadi contoh kepada anak-anak. 


Begitulah perbualan disuatu petang. Matlamat hidup kita kena jelas. Kenapa kita buat sesuatu itu ? Apa yang ingin kita capai. Bila sudah jelas maka perjalanan hidup kita akan tenang ibarat belayar menuju destinasinya.

Ya Allah, moga Engkau permudahkan niat untuk menjadikan Al-Quran sebati dengan diri ini. Jadikan bacaan Al-Quran hiburan dirumah, pengertian Al-Quran panduan hidup dan hafalan Al-Quran untuk membasahkan hati dan bibir. Aamiin.

No comments:

Post a Comment