Pages

Friday 27 March 2015

PENYAKIT - BERPUNCA DARI PERUT (MAKANAN)

Entry ke 41

Teks : RAHMAH YAAKOB


Hidup tidak selamanya sihat. Kadang-kadang Allah uji dengan musibah mengidap penyakit yang tidak diduga. Ada yang sakit bila usia sudah lanjut tetapi tidak kurang juga orang muda yang mengidap penyakit di awal usia lagi. Hari ini disekeliling kita ramai kawan-kawan dan sanak saudara yang masih muda sudah mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan tidak kurang pelbagai jenis kancer.

Memang segalanya adalah ketentuan Allah. Tetapi asbabnya sangat banyak dizaman ini. Mungkin berpunca dari cara pemakanan, gaya hidup, tekanan emosi, pencemaran alam sekitar, keturunan dan pelbagai punca lagi.

Cara pemakanan paling banyak  mempengaruhi kesihatan. Sekarang fenomena makanan segera sudah sebati dengan masyarakat. Dididik secara tidak disedari sejak kecil lagi. Ibu bapa yang bekerja kadang-kadang membawa anak-anak makan diluar apabila tidak berkesempatan atau penat untuk memasak sendiri. Makanan segera banyak mengandungi bahan perisa, pewarna, pengawet dan seangkatannya.

Mungkin bila kita makan dirumah boleh mengelakkan bahan perasa seperti aji no moto.  Tetapi bila kita makan diluar, terpaksa makan benda-benda yang kita cuba elakkan itu.

Berikut contoh cara pemakanan yang kita perlu kurangkan dan yang kita perlu lebihkan.

Kurangkanlah :
  • Kurangkan saiz hidangan
  • Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak (santan, lemak daging dan kulit ayam)
  • Kurangkan gula dan manisan
  • Kurangkan garam
  • Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pengawet dan pewarna buatan

Lebihkan lah :
  • Lebihkan masakan berasaskan sup, rebus, kukus dan panggang
  • Lebihkan sayur-sayuran dan ulam
  • Lebihkan buah-buahan segar dan bermusim terutamanya (lebih murah)
  • Lebihkan bijirin berserat tinggi - gandum wholemeal, oat
  • Lebihkan air kosong (6-8 gelas sehari)
Selain di atas, kita juga disarankan mengamalkan makan mengikut sunnah nabi. Makan makanan yang sunnah dimakan seperti kurma, madu, buah zaitun, buah tin, air zam-zam dan lain-lain.

Ikut sunnah nabi cara pemakanan juga elok kita amalkan.

No comments:

Post a Comment