Pages

Thursday 26 March 2015

KEBERKATAN REZEKI

Entry ke 37

Teks : RAHMAH YAAKOB

Saya masih ingat sewaktu bertugas di bahagian projek di TM 33 dahulu. Waktu tu baru tahun kedua saya bekerja dalam bidang Civil Engineering. Saya memang banyak berurusan dengan kontraktor.

Satu hari seorang kontraktor ini datang ke pejabat saya. Dia menghulurkan sebuah sampul surat. Saya buka dan terkejut lihat berkeping-keping wang kertas di dalamnya.
Saya tanya apa ni tuan ? Sumbangan dari kami untuk Cik.
Oh, maaf, tuan. Saya tak mahu terima apa-apa sumbangan. Cukuplah dengan gaji saya yang saya terima.

Rupanya cerita itu tidak habis disitu sahaja. Pada 1984 saya mendirikan rumah tangga. Kontraktor yang sama menghadiahkan sebuah peti tv sebagai hadiah perkahwinan saya. Dengan berat hati terpaksa juga saya terima atas alasan hadiah perkahwinan.

Dan sebenarnya kontrakor ini tiada apa pun kepentingannya dengan memberi hadiah ini. Maksudnya bukannya saya yang meluluskan tender atau projek. Mungkin atas dasar persahabatan kami dalam pengurusan projek kami bersama-sama.

Nak dijadikan cerita, jangka hayat tv itu tidak bertahan lama. Tiba-tiba sahaja meletup tanpa sebarang sebab. Mungkin Allah nak tunjuk bahawa lebih baik kita usaha dengan kudrat kita untuk mencari rezeki. Ini kisah 30 tahun lepas. Namun kisah ini selalu menjadi peringatan kepada saya dalam menjalani hidup ini. Mencari keberkatan rezeki itu WAJIB.
Moga menjadi ikhtibar kepada rakan semua dalam kita mencari rezeki.


No comments:

Post a Comment