Pages

Friday 20 March 2015

AKU MASIH MUDA - TIDAK PERLU TAKAFUL

Entry ke 31

Teks : RAHMAH YAAKOB

Bismillahirrahmanirrahim.


Antara perkara sedih yang saya pernah alami selama menjadi wakil takaful adalah sifat menanguh-nangguh. Saya masih ingat arwah Y menyatakan ingin mengambil pelan takaful dengan saya. Masa itu arwah bekerja di Menara Telekom dan kebetulan pejabat saya juga di Menara Telekom Tingkat 41 (kalau tidak silap).

Memandangkan saya selalu terserempak arwah diruang legar bangunan tersebut saya asyik menunda untuk mengisi borang beliau. Alah...esok-esok pun boleh. Arwah masa itu berumur lebihkurang tigapuluhan.

Sehinggalah satu hari saya diberitahu arwah Y dimasukkan ke hospital Universiti kerana sakit. Saya sempat melawat beliau di hospital. Sakitnya tidak lama. Arwah kembali ke rahmatullah. Sewaktu pengkebumian beliau, saya sebak melihat dua orang anak beliau yang masih kecil lagi. Dalam hati saya berkata, tiada rezeki untuk mu anak mendapat bantuan khairat kematian dari Etiqa Takaful. Bapamu telah berniat untuk mengambil pelan takaful tetapi tidak kesampaian.


KES KEDUA

Arwah A baru mengambil takaful dengan saya tidak sampai enam bulan ditakdirkan meninggal dunia. Sewaktu sessi mengisi borang permohonan, saya lihat arwah sihat dan beliau tidak menyatakan menghidap sebarang penyakit. Saya dapat pengkabaran tentang kematian beliau beberapa hari selepas pengkebumian.

Saya amat risau kerana waktu itu pelan takaful mesra boleh buat tuntutan penyakit kritikal selepas enam bulan mengambil polisi. Alhamdulillah tuntutan khairat kematian arwah diluluskan oleh Syarikat walaupun belum sampai enam bulan beliau mencarum. Beliau pula baru mengambil seorang anak angkat. Dengan wang khairat tersebut diharap isteri beliau dapat membesarkan anak angkat itu dengan sempurna.


Ini adalah antara kes kematian diusia muda. Ajal maut ditangan Allah. Kita tidak tahu bila nafas kita akan berhenti. Mengambil takaful adalah salah satu usaha kita untuk kebajikan keluarga kita andainya kita tiada lagi.

Ramai juga orang muda yang ditimpa penyakit kritikal dan juga terlibat dalam kemalangan. Dengan takaful sekurang-kurang boleh membantu mengurangkan bebanan kewangan akibat musibah ini.


Untuk keterangan lanjut, di alu-alukan hubungi saya di 013-3545984.

No comments:

Post a Comment