Pages

Wednesday 18 March 2015

SABARLAH ANAKKU - AIR MATA DI SEMPORNA

Entry ke 28

Teks : RAHMAH YAAKOB



' When you are pressed to the bottom, you have nowhere else to go but to bounce back ' .

Itulah kata-kata yang saya berikan kepada anak saya , Nadiah yang baru bertukar bertugas di Klinik Kesihatan Daerah Semporna, Sabah.

Memang saya sendiri akui banyak dugaan yang dia hadapi selepas tamat Houseman di Hospital Duke Of Kent. Permohonannya untuk bertugas sebagai Medical Officer (MO) di Klinik sekitar Sandakan tidak berjaya. Malah beliau di hantar bertugas di Semporna , Sabah. Jaraknya lebih kurang 345 km dari Sandakan. Semporna juga masih berada dalam keadaan 'panas' dengan kes-kes penculikan.

Sehari sebelum mendaftar diri, kami pergi ke Tawau dengan menaiki dua kereta. Dia dengan abang dan kakak iparnya bersama seorang baby (cucu saya lah tu). Saya pula dengan suami dan Noor Hidayah anak bongsu. Mula-mula kami singgah di Restoran sup Payau (Rusa) bersebelahan dengan Lapangan Terbang Tawau. Wah, sedap sup payau ni sama macam sup daging lembu. Kemudian kami meneruskan lawatan kami ke pesisiran pantai Tawau. Nadiah mengadu aircond keretanya rosak. Kami kata boleh baiki kemudian nanti.

Dalam perjalanan balik ke Semporna tiba-tiba kereta Nadiah terhenti sebab panas dan berasap. Semua air yang ada kami gunakan untuk menyejukkan enjin. Setengah jam berusaha kereta masih tidak boleh di on kan. Saya membuat panggilan telefon ke Etiqa Assist untuk menghantar bantuan menarik kereta ke Semporna. Waktu itu hampir gelap dan kami berhenti di tepi ladang kelapa sawit. Suasana sunyi sepi menggusarkan hati kami.

Lama juga kami menunggu dalam kegelapan bersuluhkan lampu kereta sahaja. Lebihkurang 1 jam baru towing datang. Kami semua naik kereta saya. Agak sempit juga. Kesian Nadiah kena duduk di bahagian belakang yang sempit. Selamat tiba di Semporna dan kereta dihantar ke worsyop.

Pukul 8.00 pagi dengan liatnya Nadiah dihantar ke klinik untuk lapur diri. Pukul 9 kami dapat call dari woksyop sebab kunci kereta tidak kami tinggalkan malam tadi. Saya terpaksa pergi ke klinik untuk mengambil kunci kereta dari Nadiah. Kalau boleh memang saya tidak mahu mengganggu dia ditempat kerja lebih-lebih lagi hari pertama bertugas. Tetapi saya terpaksa...

Setelah bertanya kepada staff di sana, saya dimaklumkan Nadiah dalam mesyuarat. Tak lama kemudian dia keluar untuk memberi kunci kepada saya. Saya lihat air mukanya sedih dan muram sahaja. Rupanya dia pun baru dapat satu lagi berita yang kurang menyenangkan. Ya Allah, kasihani dan lindungilah dia. 

Saya dan suami tolong selesaikan kes keretanya yang terpaksa pula dihantar ke worksyop di Tawau. 
Tak tahu berapa lama pula kereta akan di baiki di sana. Sepatutnya hari ini kami sudah balik ke Sandakan tetapi dengan urusan kereta dan rumah sewanya yang masih belum selesai, kami mengambil keputusan menangguhkan balik ke hari esok.

Jam 1 tengahari Nadiah dibenarkan balik awal untuk uruskan halnya. Bermulalah pencarian rumah sewa di sekitar kawasan perumahan yang berdekatan. Mahal juga rumah-rumah di sini. Rumah dua tingkat tanpa perabut RM1000.00.

Akhirnya dia ambil keputusan menumpang sementara dengan staff klinik yang sama. Boleh juga menumpang kereta buat sementara waktu ini. 

Pukul 3.30 petang kami terpaksa meninggalkan Nadiah untuk balik ke Sandakan. Saya berdoa agar dia tabah dan kuat menempuh dugaan yang menimpanya. Saya balik dihantar dengan  linangan air mata Nadiah. Saya jarang nampak dia menangis, tetapi hari ini kerana stress yang teramat dia menangis. Sabarlah sayang. Moga Allah akan memudahkan dan memberi sesuatu yang baik yang kita tidak duga. Aamiin.

p/s : Semalam Nadiah wasap kata di tempat baru sempat makan dan ada masa untuk solat. Setiap ujian ada hikmah disebaliknya. Dulu di hospital makan dan solat selalu miss. Solat selalu dijamakkan disebabkan tugas.. 




3 comments:

  1. Assalamualaikum puan.

    Maaf, sy google rumah sewa semporna & terjumpa blog puan.

    Sy akan ditempatkan di KK semporna sbg MO baru disember ini. Skrg HO di kota kinabalu.. Boleh puan share kalau2 ada siapa2 yg boleh dipercayai, yg dpt tolong sy carikan tempat menyewa di semporna? Mungkin anak puan ada kenalan di sana especially staff KK semporna sendiri.

    Terima kasih puan. Maaf kalau menyusahkan.

    -Rasyidan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, sy pun tak perasan msg ni. Boleh whatsapp sy di 0192526537.

      Ps: mak, nadiah baru perasan blog entry ni. Terima kasih... u r my hero.
      actually, its not that bad tinggal di semporna. Im happy. Kerja di klinik tb pun best, agak flexible. Sbb tu berat 50kg tak nak turun2 dah

      Delete
    2. Maaf, sy pun tak perasan msg ni. Boleh whatsapp sy di 0192526537.

      Ps: mak, nadiah baru perasan blog entry ni. Terima kasih... u r my hero.
      actually, its not that bad tinggal di semporna. Im happy. Kerja di klinik tb pun best, agak flexible. Sbb tu berat 50kg tak nak turun2 dah

      Delete